Followers

Mom, you are sooo annoying..!

06 November 2010





















Tapi dalam banyak-banyak keserabutan korang memikirkan pingan mangkuk tu, pernah atau tidak kita terfikir KENAPA mak-mak kita tu sukaaaa sangat nak membeli belah ni?


Mom, you are sooo annoying..!

Pernah dengar orang kata macam tu? Atau pernah rasa macam tu? Untuk orang yang tinggi ilmu agama agaknya terus cakap


“Astaghfirullaha azim!” penulis ni putus fius atau apa?.

Tapi kalau orang yang biasa-biasa sahaja…..ah, aku pun tak tahu apa yang akan dikatakan.

Raikan kehendak ibu

Tengah aku berjalan keluar dari dewan exam paper 1st hari tu, tiba-tiba teringat

Eh, kenapa tadi mak tak angkat telefon? Sibuk barangkali.

Tiba-tiba entah macam-mana fikiran melayang teringat satu blog yang aku baca semalam. (Ok, aku tau takde kaitan ). Bunyinya lebih kurang begini :





‘anak-anak dah mula sound. Rumah ni dah macam muzium pinggan mangkuk dah’
Erk, kesian aku fikirkan sang ibu walaupun aku tahu yang dia cuma nak brceloteh sahaja. Atau……….korang pernah rasa macam tu??

ha!

Pernah tak kita fikir, kenapa laaaa mak aku ni suka sangat beli barang banyak-banyak? Bukan ke dah ada pinggan mangkuk kat dapur tu? Bukannya nak buat kenduri pun?

Tapi dalam banyak-banyak keserabutan korang memikirkan pingan mangkuk tu, pernah atau tidak kita terfikir KENAPA mak-mak kita tu sukaaaa sangat nak membeli belah ni?

Tu yang sebenarnya kita tertinggal untuk difikirkan.

Jawapannya:

Dulu waktu anak-anak kecik, duit tak berapa cukup. Semua barang yang teringin semuanya tak dapat nak beli. Sebabnya nak bayar yuran sekolah, baju sekolah, pensel box power rangers korang tu dan lain-lain lagi. Waktu tu kata-kata ‘ ladies 1st’ tu totalnya dah betukar ‘ doughter’s 1st’ walaupun mak kita nakkkk sangat barang tu.
Jadi bila anak-anak dah besar sikit, dah boleh bajet-bajet duit sendiri dan dan dapat pinjaman PTPTN tu, maknanya bolehlah selit-selit beli apa-apa barang yang dah bertahun-tahun disimpan keinginan tu.


Tapi anak-anak lain, bila tengok mak beli baju banyak-banyak, pinggan mangkuk berkotak-kotak, terus judge mak..mom, you are soooo annoying! Tak habis-habis nak beli mcam-macam. Macam muzium dah rumah kita ni.


Apa aku nak kata, raikanlah keinginan mak orang tu. Dah berpuluh tahun minat dan keinginan mereka dikuburkan semata-mata kerana anak-anak yang lebih disayangi. Ingat tu, RAIKAN kehendak mereka!


Ok lah, main pointnye hanya satu, kadang kala kita perlu fikir KENAPA mak-mak kita buat semua itu. Tengok balik masa silam mereka. Bagaimana kehidupan yang mereka lalui hanya kerana nak besarkan anak-anak yang tak berjasa macam kita ni. RAIKANLAH, RAIKANLAH, RAIKANLAH kehendak mereka. Woha!



0 comments: