Hari-hari baca buku. Kan seronok kalau tiap kali baca buku ada benda yang keluar dari buku tu. Capai seratus muka surat je ada great present yang keluar. Macam iklan celcom tu. Cakap pun boleh dapat peti sejuk besar. Haa tu baru cakap. Belum dia gelak lagi. Entah-entah keluar rumah banglo sebijik.
Siapa yang taknak kalau orang bagi hadiah kan. Lagi-lagi benda yang kita rasa nak sangat. Kalau kawan kita bagi gula-gula satu pun kita dah suka. eh tu kalau sayalah. Inikan pula yang berbaik hati nak bagi camcoder dan percutian ke luar negara. Rasa nak grab dan solat hajat sepanjang hari supaya menang. hewhewhew
Baiklahhh. Disini nak war-warkan satu peraduan yang sangat sangat bermakna. Ya! Bermakna sangat buat mata duitan di luar sana . hehehe
Untuk pengetahuan ( oh banyaknya nak cerita ), kempen ni dinamakan
"PERADUAN KEMPEN SERONOKNYA CUTI BERSAMA PTS & MPH 2011".
Inilah nama kempen yang paling panjang didengar. Baiklah sila setuju. Wahwahwah, ini yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Hadiah yang menarik menanti untuk anda rebut.
Hadiah Utama
Pakej Percutian 3 hari 2 malam di Universal Studio, Singapura 2 Dewasa & 2 kanak-kanak
Tiket Bas Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura
Sony Handycam® Camcorder
Buku PTS berjumlah RM500
Voucher MPH berjumlah RM300
Hadiah Kedua
Pakej Percutian Famili (2 Dewasa & 2 kanak-kanak) untuk 2 hari 1 malam
di Universal Studio, Singapura.
Tiket Bas Aeroline dari Kuala Lumpur ke Singapura
Sony Cybershot Camera T-Series
Buku PTS berjumlah RM300 Voucher MPH RM200
Hadiah Ketiga
Pas 2 hari untuk 2 Dewasa & 2 kanak-kanak di Universal Studio, Singapura
Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di Johor Bharu, Johor
Pengangkutan ke Singapura dari hotel.
Sony Cybershot Camera W-Series Buku PTS berjumlah RM200 Voucher MPH RM100
10 x Hadiah Saguhati
1 tiket satu hari ke Universal Studio, Singapura
Hamper buku PTS berjumlah RM50
Mudah sahaja caranya.
- Anda ikeendaki membeli buku keluaran PTS di kedai buku MPH yang terpilih dengan nilai RM30 atau lebih.
- Selepas itu sila dapatkan resit pembayaran dan borang peraduan dari kaunter.
-Jawab soalan yang diberikan dan hantarlah borang berkenaan
p/s : Kalaulah dapat sony handycam tu memanglah berbaloi-baloi hehe

0 comments:
Post a Comment